MH Academy×ikxworks
Langkah 1 / 10
Siri 2

Malam ni kita sama sama bina
sistem pelaporan koko

Guru isi laporan, data tersimpan di Google Sheets, dan PDF laporan terjana sendiri di Google Drive.

Borang laporanGuru isi di telefon atau laptop
Google SheetsSatu baris untuk setiap laporan
PDF di DriveSiap untuk dicetak atau dihantar
Satu flow, banyak sistem

Malam ni kita pilih laporan koko sebagai latihan supaya cikgu faham flownya. Flow yang sama (borang, backend, Sheets, PDF) boleh terus digunakan untuk sistem lain:

Ingat Siri 1? Web kita cantik, tapi bila laman ditutup, semua yang diisi hilang. Malam ni kita selesaikan masalah itu dengan dan .

Apa yang perlu ada

Laptop dengan Chrome
Akaun DELIMa
Akaun Netlify dari Siri 1

Malam ni

8.30 hingga 10.30 malam
10 langkah, satu demi satu

Cara lama

Laporan koko cara manual
macam ni rupanya

Setiap minggu, setiap kelab, setiap guru. Tekan setiap peringkat.

Cara lama

Lebih kurang 1 jam setiap laporan, susah dicari

Dengan sistem

Isi 3 minit. Data dan PDF tersimpan sendiri, boleh dicari bila bila masa

Aliran kerja

Empat bahagian sistem

Tekan setiap kotak. Semua data keluar masuk melalui backend.

Cara mudah ingat: macam pejabat sekolah. Frontend kaunter, backend kerani, Sheets fail rekod, Drive kabinet dokumen. Orang luar tak masuk bilik fail, semua melalui kerani.

Backend

Apa kerja backend?

Cuba isi borang di bawah dan tekan Hantar. Tengok apa backend buat, satu demi satu.

Frontend

Backend
  1. TerimaAmbil borang dari frontend
  2. SemakAda yang kosong? Nombor betul?
  3. SimpanTulis satu baris ke Sheets
  4. Jana PDFIsi templat, simpan ke Drive
  5. BalasHantar link PDF ke frontend
  6. Jaga pintuHanya guru boleh hantar
Google Sheets
TarikhKelabHadir
12/11Pengakap31
Google Drive
  • Laporan_Pengakap_12-11.pdf

Cuba kosongkan Kehadiran dan tekan Hantar. Backend akan tolak di langkah Semak.

Google Sheets

Cipta satu Google Sheet
dan buka Apps Script

Ini sahaja yang cikgu cipta sendiri. Templat Docs dan folder Drive akan dicipta oleh kod nanti.

  1. Buka Google Sheet baharusheets.new Pastikan akaun DELIMa yang aktif.
  2. Beri namaKlik "Untitled spreadsheet" di atas kiri, taip Laporan Koko.
  3. Buka Apps ScriptTekan menu Extensions kemudian Apps Script. Tab baharu akan dibuka.
  4. Kosongkan editorPadam kod function myFunction() {} yang sedia ada. Biarkan tab ini terbuka untuk langkah seterusnya.
Gemini

Minta Gemini tulis kod backend

Salin prompt, tampal di Gemini, kemudian salin kod yang Gemini beri ke editor Apps Script.

Prompt backend (Apps Script)
Tulis kod Google Apps Script untuk sistem pelaporan kokurikulum. Kod ini akan ditampal dalam Apps Script yang terikat pada Google Sheet saya.

Keperluan:
1. Fungsi setup() yang saya jalankan sekali sahaja:
   - Cipta sheet bernama "Laporan" dengan tajuk lajur: Masa, Tarikh, Kelab, Aktiviti, Kehadiran, Guru, Link PDF.
   - Cipta folder Google Drive bernama "PDF Laporan Koko".
   - Cipta templat Google Docs bernama "Templat Laporan Koko" dengan tajuk LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM, SK Taman Melati, dan ruang {{Tarikh}}, {{Kelab}}, {{Aktiviti}}, {{Kehadiran}}, {{Guru}}.
   - Simpan ID folder dan ID templat dalam Script Properties.
2. Fungsi doPost(e) untuk terima laporan dalam bentuk JSON dari e.postData.contents:
   - Semak semua medan diisi dan Kehadiran ialah nombor. Jika tidak, balas ralat yang jelas dalam Bahasa Melayu.
   - Semak kod guru sama dengan "KOKO2026". Jika salah, tolak.
   - Tambah satu baris ke sheet "Laporan".
   - Salin templat, gantikan semua {{...}}, tukar kepada PDF, simpan dalam folder, padam salinan Docs.
   - Masukkan link PDF dalam baris tadi.
   - Balas JSON: { ok: true, pdfUrl: "..." }.
3. Fungsi doGet(e) yang balas JSON senarai semua laporan untuk dashboard.
4. Guna ContentService dengan MimeType JSON untuk semua balasan.
5. Tulis komen ringkas dalam Bahasa Melayu untuk setiap bahagian.

Beri kod penuh dalam satu blok kod sahaja.
  1. Tampal kod di Apps ScriptSalin kod dari Gemini, tampal dalam editor, tekan ikon Save.
  2. Jalankan setup sekaliPilih setup di senarai fungsi atas, tekan Run. Google akan minta kebenaran. Ikut cara di langkah seterusnya.
  3. Semak hasilnyaSheet "Laporan" muncul dengan tajuk lajur, dan folder serta templat muncul di Google Drive cikgu.

Bahagian kuning boleh ditukar. KOKO2026 ialah kod guru, macam kata laluan ringkas supaya orang luar tak boleh hantar laporan palsu.

Deploy

Hidupkan backend
dan dapatkan URL

Selepas deploy, backend cikgu ada alamat sendiri. Frontend akan hantar laporan ke alamat itu.

  1. Tekan DeployButang biru Deploy di atas kanan, pilih New deployment.
  2. Pilih jenisTekan ikon gear di sebelah "Select type", pilih Web app.
  3. TetapanExecute as: Me. Who has access: Anyone.
  4. Deploy dan salin URLTekan Deploy. Salin Web app URL yang berakhir dengan /exec. Simpan di Notepad.

Tukar kod selepas ini? Mesti deploy semula: Deploy, Manage deployments, ikon pensel, pilih New version, kemudian Deploy. Kalau tidak, perubahan tak berkesan.

Google akan tunjuk amaran sebab skrip ini baru dan dicipta oleh cikgu sendiri. Ini perkara biasa, bukan virus. Kod ini milik cikgu dan berjalan dalam akaun cikgu sahaja.

  1. Tekan AdvancedTulisan kecil di bawah kiri, bukan butang besar "Back to safety".
  2. Tekan "Go to ... (unsafe)"Perkataan unsafe muncul sebab Google belum semak skrip ini. Skrip ini cikgu sendiri yang buat.
  3. Tekan AllowBenarkan skrip guna Sheets, Docs dan Drive cikgu.
Gemini

Minta Gemini bina
borang dan dashboard

Tukar bahagian kuning kepada URL backend cikgu dari langkah 7.

Prompt frontend
Bina web app dalam SATU fail HTML sahaja (HTML, CSS dan JavaScript dalam fail yang sama) untuk sistem pelaporan kokurikulum SK Taman Melati.

URL backend (Google Apps Script): TAMPAL_URL_WEB_APP_DI_SINI

Ada dua tab di atas:
1. Tab "Hantar Laporan": borang dengan medan Kod Guru, Tarikh, Kelab (pilihan: Kelab Sains, Bola Sepak, Pengakap, Puteri Islam), Aktiviti, Kehadiran dan Nama Guru.
   - Semak semua medan diisi sebelum hantar.
   - Hantar dengan fetch method POST, body JSON.stringify(data), dan header Content-Type "text/plain;charset=utf-8" (bukan application/json).
   - Semasa menghantar, tunjuk "Sedang menghantar..." dan kunci butang.
   - Jika berjaya, tunjuk mesej berjaya dan butang "Buka PDF" menggunakan pdfUrl. Jika gagal, tunjuk mesej ralat dari backend.
2. Tab "Dashboard": ambil data dengan fetch GET ke URL yang sama, tunjuk jumlah laporan, jumlah laporan setiap kelab, dan jadual laporan terkini dengan link PDF.

Reka bentuk kemas dan mesra guru, tulisan besar, sesuai untuk telefon dan laptop. Jangan guna gambar dari internet.

Beri kod penuh dalam satu blok kod sahaja.

Penting: baris "Content-Type text/plain" jangan dibuang. Ia mengelakkan browser menyekat penghantaran ke Apps Script.

Netlify

Upload dan uji sistem

Muat turun fail dari Gemini, seret ke Netlify macam Siri 1. Kemudian uji satu laporan.

  1. Muat turun kod frontendTekan Download pada kotak kod Gemini.
  2. Upload ke Netlifyapp.netlify.com/drop Seret fail ke dalam kotak.
  3. Hantar satu laporanBuka link Netlify, isi borang dengan kod guru, tekan Hantar.

Senarai semak: tanda bila cikgu nampak

Sistem cikgu berjalan sepenuhnya. Frontend, backend, database dan dokumen, semuanya bersambung.

  • Mesej ralat "Failed to fetch"Semak URL backend betul dan berakhir dengan /exec. Pastikan "Who has access" ialah Anyone.
  • Laporan masuk, tapi tiada PDFJalankan setup sekali lagi, kemudian deploy versi baharu.
  • Ubah kod tapi tiada perubahanDeploy semula dengan New version (langkah 7).
  • Kod guru ditolakPastikan huruf besar dan kecil sama dengan dalam kod backend.
Siri 2 selesai

Tahniah, cikgu sudah bina
sistem dengan backend

Ini yang cikgu buat malam ini:

  • Faham frontend, backend dan database
  • Bina backend dengan Apps Script
  • Simpan data di Google Sheets
  • Jana PDF ke Google Drive
  • Bina borang dan dashboard
Flow yang sama, sistem lain

Tukar borang dan templat sahaja, backend dan cara kerjanya sama. Cuba bina salah satu ini pula:

Atau tambah pada sistem laporan koko: